Ahad, 24 Jun 2018

penyokong Jepun dan Senegal menerima pengiktirafan dunia - World Cup 2018


penyokong Jepun dan Senegal menerima pengiktirafan dunia

SAMARA, Russia: Ia pertembungan sepadan di Piala Dunia antara Senegal dan Jepun dengan kedua-dua penyokong menerima pengiktirafan dunia kerana kebersihan mereka di stadium yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Yekaterinburg.

Kedua-dua pasukan menang perlawanan pembukaan Piala Dunia, namun kedua-dua penyokong mereka yang menjadi tajuk utama akhbar.

Video di laman sosial menunjukkan penyokong Jepun membersihkan kawasan selepas kemenangan berdepan Colombia, mengutip sampah di bawah tempat duduk dekat stadium.

Penyokong jepun membersihkan kawasan selepas perlawanan


Penyokong Senegal juga dilihat melakukan perkara sama selepas kemenangan mengatasi Poland.


Kedua-dua penyokong melakukan sekali lagi hari ini, menjadikan tugas pembersih sukarela di Yekaterinburg Arena menjadi lebih mudah.

“Kami juga cuba memberi sokongan kepada pasukan kami dengan mengibarkan beg sampah besar berwarna biru, jadi saya rasa kami menggunakan sepenuhnya beg sampah yang kami bawa,” kata penyokong Jepun, Wataru Morita di luar stadium.


“Jadi kami tidak sabar untuk menunjukkan budaya kami kepada dunia menerusi kejohanan ini.”

“Anda tahu, kami perlu melakukannya. Kami perlu menunjukkan kepada dunia bahawa kami melakukan sesuatu yang bagus,” kata penyokong Senegal, Gora Ndoye selepas perlawanan.

“Kami tidak datang ke sini untuk meninggalkan sampah. Kami perlu membawanya keluar selepas setiap perlawanan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kami orang yang bagus.”

“Selepas ini ke mana saja kami pergi kami akan menerima tanggapan yang baik, kerana itu kami melakukannya.” – Reuters



Tag : HIGHLIGHT JEPUN 2-2 SENEGAL

GAJI PEMAIN PANAMA LEBIH RENDAH DARI LIGA M, TAPI BOLEH BERMAIN DI WORLD CUP 2018



GAJI PEMAIN PANAMA LEBIH RENDAH DARI LIGA M,
TAPI BOLEH BERMAIN DI WORLD CUP 2018



Kedudukan terkini

Malam ini Panama akan mencatatkan satu sejarah baru dalam bola sepak mereka apabila berhadapan England buat kali pertama dalam perlawanan kedua Kumpulan G .

Perbezaan kedua-dua pasukan ibarat langit dan bumi dimana England yang berada ranking 12 dunia pastinya menjadi pasukan pilihan berbanding Panama yang berada di ranking 55 dunia.


Menjelang pertemuan malam ini,Carlos Small pemain yang terpilih dalam skuad awal Piala Dunia Panama sebelum tersingkir daripada senarai akhir skuad Panama ke Russia berkongsi jumlah pendapatan yang diterima pemain Panama Premier League.

Di Panama Premier League, pemain dibayar gaji dua minggu sekali dan akan menerima gaji mereka apabila setiausaha kelab akan menyerahkan cek kepada mereka.

Sebahagian daripada pemain Panama yang akan bermain menentang England malam ini hanya menerima bayaran berjumlah sekitar £250 (RM1327) seminggu.


Menurut Carlos gaji pemain bola sepak di Panama lebih kecil jika dibandingkan dengan jurubina,buruh binaan atau penyanyi yang menyebabkan ramai pemain bola sepak melupakan cita-cita mereka .

Beliau berkata : “Di sini pemain bola sepak Panama boleh mendapatkan lebih banyak wang jika bekerja sebagai seorang jurubina, kontraktor ataupun penyanyi.

“Ramai pemain terpaksa meninggalkan sukan ini kerana mereka perlu mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi bagi menyara keluarga masing-masing.”

Setiap dua minggu, Small bersama rakan sepasukannya yang lain akan menerima bayaran gaji melalui cek – setiap kelab di liga itu mengamalkan perkara yang sama.

Apabila mereka berbual sesama sendiri, rakan sepasukannya akan bertanya kepadanya.

“Carlos, adakah hari ini kita akan mendapat gaji ?

Beliau tersenyum dan membalas, “Harap-harap ya.”

Mereka akan pergi mengambil cek masing-masing dan pergi ke bank tempatan untuk memasukkan wang ke dalam akaun mereka.

Small mempunyai tiga caps bersama skuad kebangsaan Panama berbermain pada perlawanan pemanas badan yang terakhir tetapi terpaksa akur apabila namanya diketepikan daripada senarai akhir 23 pemain ke Russia.

Tetapi beliau juga berharap agar rakan sepasukannya yang sedang berjuang di Rusia akan bermain baik pada baki dua perlawanan ini dan beliau juga berharap beliau mendapat tempat di FIFA World Cup 2022 di Qatar empat tahun lagi.

Rakannya Alex Rodriguez, Valentin Pimentel dab Jose Calderon masing-masing masih bermain di liga tempatan.

Mereka akan menjadi sebahagian daripada 23 pemain yang akan bertemu skuad bimbingan Gareth Southgate malam ini

Beliau dan rakan sepasukannya menyimpan impian untuk bermain di Eropah – terutama di England – untuk menandatangani kontrak bersama antara kelab yang besar.

“Saya ada dengar bayaran yang diterima pemain di England setiap minggu.Ia melebihi mana-mana pendapatan pemain kami di sini (Panama).

“Saya melihat perlawanan Premier League di kaca TV.Mancheser City merupakan pasukan kegemaran saya.Mereka sangat hebat.

“Ia pasti sesuatu yang hebat jika dapat peluang untuk bermain dengan mereka atau mana-mana kelab gergasi Inggeris yang lain.

“Ia akan mengubah gaya hidup kami sekeluarga selama-lamanya.”



Small tinggal tidak jauh dari stadium di Colon bersama teman wanitanya dan bayi lelaki berusia 9 bulan.

Umurnya kini seusia dengan Raheem Sterling yang juga dilahirkan di sebuah negara Carribean.

Tetapi Small hadir ke sesi latihan berbekalkan kereta terpakai berjenama Kia Rio yang hanya £900 berbanding Sterling memandu Bentley yang bernilai sekitar £500,000 dan masih memiliki dua buah kereta Audi, sebuah kereta Mercedes dan sebuah kereta Landrover di garaj peribadinya.

Jika dibandingkan dengan gaji pemain di Liga Super Malaysia gaji pemain-pemain di Malaysia boleh dianggap sangat lumayan.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendedahkan gaji pemain sebuah negeri di Utara Malaysia menerima gaji bermula daripada RM16000 sebulan sehingga RM770000 untuk pemain tempatan manakala pemain Panama hanya menerima gaji sekitar RM5308 sebulan.

Ini belum kami bandingkan dengan gaji pemain kelab terkaya di Malaysia yang memandu Mustang ke pusat latihan.


Pemain-pemain bola sepak Panama membuktikan duit bukanlah segala-galanya untuk berjaya dalam bola sepak.

Pada pusingan kelayakkan Piala Dunia, Panama membuat kejutan melayakkan diri secara automatik ke FIFA World Cup 2018 apabila menduduki tempat ketiga zon Concacaf mengetepikan negara berpengalaman Amerika Syarikat.

Kalah atau menang malam ini ketika menentang England pencapaian Panama berjaya ke Piala Dunia buat kali pertama sudah boleh dianggap sebagai kejayaan besar.



Sumber : PLMalaysia

Khamis, 21 Jun 2018

Video Gol Pertama Andik Vermansyah Bersama Kedah


Video Gol Pertama Andik Vermansyah Bersama Kedah

Kelincahan pemain import Asia Kedah Andik Vimanshah membuktikan bahawa beliau masih lagi berbisa seperti dahulu selepas berpindah dari selangor ke Negeri Jelapang Padi awal musim lalu.Kelincahan dan kepantasan beliau membuatkan pertahanan lawan menjadi kucar kacir untuk berhadapan dengan Andik.

Pada aksi malam tadi,kedah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 3-2 hasil garingan Andik,Akhyar dan penyerang tulin kedah Paulo Rangel.

Andik berjaya menjaringkan gol pertama kedah dan juga gol peribadi beliau dalam pasukan kedah sejak berhijrah ke kedah,gol itu hadir pada minit ke 13.


Video Gol Cantik Andik Vimanshah



Senarai Pasukan Membuat Jendela Perpindahan Ke-2 2018





JENDELA PERPINDAHAN KE-2 (UNIFI LIGA SUPER MALAYSIA)

Perpindahan masuk dan keluar pemain bagi kesemua pasukan unifi Liga Super Malaysia sepanjang Jendela Perpindahan Ke-2 2018.

Jendela Perpindahan Ke-2 2018 telah TUTUP pada Ahad (3/6/2018).

Berikut adalah senarai pasukan yang membuat jendela perpindahan keluar dan masuk ke pasukan masing-masing :

PERJANJIAN SAH

JOHOR DARUL TAK'ZIM

MASUK / IN

• Harry Novillo (France) dari Bani Yas FC (UAE)
• Jorge Santos Silva (Brazil) dari Al-Batin FC (Saudi Arabia)
• Kiko Insa (Malaysia) dari Bangkok Glass (Thailand)
• Syamer Kutty Abba (Malaysia) dari Vilaverdense FC (Portugal)
• Dominic Tan (Malaysia) dari Vilaverdense FC (Portugal)
• Fernando Marquez (Argentina) dari CA Belgrano (Argentina)
• Fernando Elizari (Argentina) dari Defensa y Justicia (Argentina)

KELUAR / OUT

• Luciano Figueroa (Argentina)
• Nicolas Fernandez (Italy) ke Johor Darul Ta’zim II
• Harry Novillo (France) ke Johor Darul Ta’zim II
• Jorge Santos Silva (Brazil)
• Amirulhadi Zainal (Malaysia) ke Johor Darul Ta’zim II
• Darren Lok (Malaysia) ke Johor Darul Ta’zim II
• Fazly Mazlan (Malaysia) ke Johor Darul Ta’zim II
• Junior Eldstal (Malaysia) ke Johor Darul Ta’zim II


KEDAH FA

MASUK / IN

Paulo Rangel (Brazil) dari Nakhon Ratchasima FC (Thailand)
• Ramadhan Ab Hamid (Malaysia) dari Kelantan

KELUAR / OUT

Pablo Pallares (Spain)
• Osman Yusoff (Malaysia) ke Negeri Sembilan


KELANTAN

MASUK / IN

• Ahmad Haziq Ahmad Puad (Malaysia) dari Kuantan FA
• Alaeddine Bouslimi (Tunisia) dari CS Hammam-Lif (Tunisia)
• Baktyiar Duishobekov (Kyrgyzstan) dari FC Dordoi Bishkek (Kyrgyzstan)
• Lazarus Kaimbi (Namibia) dari Suphanburi FC (Thailand)
• Faridzuean Kamaruddin (Malaysia) dari Melaka
• Cristiano Marcolino Sankes (Brazil) dari Hassania Agadir (Morocco)

KELUAR / OUT

• Ahmad Sukri Ab Hamid (Malaysia) ke PKNP FC
• Khairul Fahmi Che Mat (Malaysia) ke Melaka
• Shahrul Azim Ab Halim (Malaysia) ke PKNS FC
• S. Veenod (Malaysia) ke Melaka
Ramdhan Ab Hamid (Malaysia) ke Kedah
• Faris Shah Rosli (Malaysia) ke Melaka
• Do Dong-hyun (South Korea) ke Terengganu FC
• Mohamad Ghaddar (Lebanon)
• Alaeddine Bouslimi (Tunisia)


KUALA LUMPUR

MASUK / IN

• Sharbinee Allawee Ramli (Malaysia) dari Terengganu FA (2017)
• Na'im Nazmi Zainudin (Malaysia) dari Unregistered


MELAKA UNITED 

MASUK / IN

• Syahrul Azwari Ibrahim (Malaysia) dari Johor Darul Ta'zim II
• S. Veenod (Malaysia) dari Kelantan
• Lee Chang-hoon (South Korea) dari Seongnam FC (South Korea)
• Faris Shah Rosli (Malaysia) dari Kelantan
• Khairul Fahmi Che Mat (Malaysia) dari Kelantan
• Ifedayo Omosuyi (Nigeria) dari Al-Hidd SCC (Bahrain)

KELUAR / OUT

• Faridzuean Kamaruddin (Malaysia) ke Kelantan
• Jeon Woo-young (South Korea)
• Tiago Gomes (Portugal)


NEGERI SEMBILAN

MASUK / IN

• Alex de Moraes (Brazil) dari Pahang
• David Rowley (Malaysia) dari BSC Rehberge (Germany)
• Angel Guirado (Philippines) dari Davao Aguilas FC (Philippines)
• Osman Yusoff (Malaysia) dari Kedah

KELUAR / OUT

• Prak Mony Udom (Cambodia)
• Nizam Ruslan (Malaysia)
• Radzuan Abdullah (Malaysia)
• Ren?rs Rode (Latvia)


PAHANG FA

MASUK / IN

• Issey Nakajima-Farran (Japan) dari Terengganu FA (2017)
• Austin Amutu (Nigeria) dari ES Zarzis (Tunisia)

KELUAR / OUT

• Chan Vathanaka (Cambodia)
• Francis Forkey Doe (Liberia)


PERAK FA

MASUK / IN

• Hamizul Izaidi Zulkifili (Malaysia) dari Kuantan FA
• Jad Noureddine (Lebanon) dari Safa Beirut SC (Lebanon)
• Firdaus Saiyadi (Malaysia) dari Unregistered

KELUAR / OUT

• Robert Cornthwaite (Australia)


PKNP FC

MASUK / IN

• Faizzzwan Dorahim (Malaysia) dari Unregistered
• Ahmad Sukri Ab Hamid (Malaysia) dari Kelantan
• Kim Sang-woo (South Korea) dari Gyeongnam FC (South Korea)
• Dany Karl Max (Chad) dari Nogoom El Mostakbal FC (Egypt)
Alfred Okai Quaye (Ghana) dari Berekum Chelsea FC (Ghana)

KELUAR / OUT

• Yeon Gi-sung (South Korea)
• Keo Sokpheng (Cambodia) Luben Nikolov (Bulgaria)
• Irwan Syazmin Wahab (Malaysia) ke UKM FC
• G. Ganiesh (Malaysia) ke MIFA
Dany Karl Max (Chad)


PKNS FC 

MASUK / IN

• Nik Shahrul Azim Ab Halim (Malaysia) dari Kelantan
• Bruno Makes (Brazil) dari SD Juazeirense (Brazil)

KELUAR / OUT

• Jonatan Acosta (Argentina)


SELANGOR

KELUAR / OUT

• M. Tamil Maran (Malaysia) ke MIFA


TERANGGANU FC

MASUK / IN

• Do Dong-hyun (South Korea) dari Kelantan

KELUAR / OUT

• Bruno Suzuki (Japan) ke Terengganu FC II



*Note :
Status of player's registration depending on approval of new player.
Player registered before second transfer window closed but still in process of approval




Sumber : FootballMalaysia

Selasa, 12 Jun 2018

KEPDA Mahu Kedah "Bangkit" Dan Lupakan Kekalahan Lalu.

KEPDA Mahu Kedah "Bangkit" Dan Lupakan Kekalahan Lalu.


ALOR SETAR: Kelab penyokong bola sepak Darul Aman  (KEPDA) yakin kemenangan 1-0  yang diraih skuad Kedah dalam aksi Liga Super ke atas Kelantan Jumaat lalu memberi inspirasi untuk terus merakam kemenangan pada perlawanan selepas cuti hari raya ini.

Pengerusi KEPDA, Hasmadi Hamzah berkata, pihaknya mahu Kedah segera memperkemaskan persiapan sambil melupakan kekalahan di tangan Melaka dan Kelantan sebelum ini.

"Memang kita gusar dengan prestasi tak menyebelahi kita pada dua perlawanan lalu, ramai penyokong kecewa dan hampir putus asa, tetapi kami mahu Kedah terus bangkit dengan prestasi lebih baik selepas cuti Aidilfitri nanti."

"Kita yakin ketua jurulatih Kedah Nidzam Adzha mempunyai strategi dan mampu memacu Kedah ke tahap lebih tinggi dengan sokongan teguh yang ditunjukkan oleh pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA)."

Prestasi dalam lima perlawanan pertama Kedah kendalian bekas Jurulatih Ramon Marcote, mencatatkan 10 jaringan dan 12 bolos dan selepas itu terus meningkat lebih baik di bawah kendalian Nidzam Adzha yang  menghasilkan 12 jaringan dan tujuh bolos pada lima perlawanan Liga Super seterusnya.



"Bermula dengan tangga ketujuh selepas Nidzam mengambil alih pasukan sebelum perlawanan menentang Selangor pada April lalu, kita nampak ada perubahan apabila Kedah kini berada pada tangga ke empat dan di bawah kendalian Nidzam juga Kedah mencatat lima kemenangan tiga seri dan cuma tewas dua kali."

Dalam pada itu, Hasmadi juga mengakui penyokong terus menagih gerakan lincah daripada penyerang sensasi kelahiran Brazil, Paulo Rangel pada aksi seterusnya.

"Rangel yang berpengalaman luas sebelum ini mungkin belum menunjukkan aksi sebenarnya, namun kami berharap beliau dapat terus menyerap aura Kedah dan tampil dengan aksi yang lebih memukau pada perlawanan seterusnya selepas hari raya nanti."

Kedah yang kini menduduki tangga keempat carta Liga Super dengan jumlah 24 mata dan bakal bertemu pasukan Kuala Lumpur pada 20 Jun di Stadium Darul Aman.

tag : 100 caps Liridon Krasniqi , Ahmad Bashah sah letak jawatan presiden KFA ,
Penampilan Sulong Ramadhan Dipuji Pengurus Lang Merah



Sumber : BH