Rabu, 6 November 2019

Kipre Tchetche Hampir Pasti Menyarung Jersi HijauKuning, 2020




KUALA TERENGGANU: Bekas penyerang sensasi Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche hampir pasti menyarung jersi skuad Kedah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Berita itu bertiup kencang lebih-lebih lagi selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sah tidak menyambung kontrak dua penyerangnya, Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez.

Menurut sumber, pemain berusia 32 tahun kelahiran Ivory Coast itu sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Kedah dan hasilnya positif.

“Ya pemain itu (Tchetche) kini hampir pasti menjadi milik pasukan Helang Merah, kita tunggu dan lihat pengumuman rasmi daripada persatuan itu (KFA),” ujar sumber berkenaan.




Penjaring kedua terbanyak Liga Super musim lalu itu sebelum ini mengejutkan kem pasukan Terengganu FC (TFC) apabila bertindak menolak tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Baca juga: Akhyar Rashid vs Fayadh SKILL.SHOOT.DRABILING

Difahamkan bekas penyerang kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman yang mula menyarung jersi TFC sejak pertengahan 2017 menolak tawaran PBSNT dikatakan berpunca daripada tawaran gaji daripada badan induk bola sepak negeri itu.

“Musim ini anak bongsu daripada enam beradik itu adalah pemain paling mahal dalam skuad Penyu itu, namun langkah penjimatan yang diumumkan Presiden PBSNT bulan lalu mungkin ada kaitan dengan perkara itu.”
Sementara itu, Tchetche ketika diajukan mengenai penghijrahannya mengunci mulut dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Saya tidak lagi bersama TFC tetapi saya belum boleh maklum pasukan yang bakal diwakili musim depan, nanti saya akan maklumkan kemudian selepas semuanya selesai,” kata Tchetche.

Sumber : BHOnline

Isnin, 21 Oktober 2019

Akhyar Rashid vs Fayadh SKILL | DRIBBILING | SHOOT




Jom kita lihat perbandingan Akhyar Rashid vs Fayadh SKILL | DRIBBILING | SHOOT.disini admin sertakan video dimana Akhyar dan Fayadh berkasi diatas padang..

Video : 

Isnin, 18 Mac 2019

Senarai Pemain Skuad Liga Super Kedah Musim 2019





Seramai 28 orang pemain melengkapkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk memberikan saingan dalam tiga kejohanan utama negara iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2019.

Musim 2019 menyaksikan pasukan dengan julukan Helang Merah ini membuat perubahan besar ke atas pasukan mereka terutamanya dengan mengikat lima pemain import baharu iaitu Renan Da Silva Alves (Brazil), Muhammad Shakir Hamzah (Singapura), Anmar Fares Almubaraki (Iraq), Fernandon Rodriguez Ortega (Sepanyol) dan Jonatan Bauman (Argentina).

Beberapa nama pemain besar dalam pasukan kedah telah digugurkan untuk musim 2019

Beberapa pemain tempatan juga ditandatangani oleh Kedah FA seperti N. Thanabalan (Negeri Sembilan), Azmeer Yusof,  Zaquan Adha (Kuala Lumpur), Syahrul Azwari Ibrahim (Melaka United), Shahrul Igwan Samsudin, Azamuddin Akil (Selangor), Mohd Alif (Felda United) dan seorang pemain yang dinaikkan pangkat daripada skuad Piala Presiden Kedah, Mohd Hidhir Idris.

Senarai Pemain Skuad Liga Super Kedah Musim 2019.

|| Penjaga Gol (GK)

[1] ABDUL HADI BIN ABDUL HAMID @ HAMID
[18] MOHD IFWAT AKMAL BIN CHEK KASSIM
[22] MUHD ASRI BIN MUHAMAD
[30] MOHAMAD RAMDHAN BIN AB HAMID

|| Pertahanan (DF)

[2] MOHAMAD SYAWAL BIN NORDIN
[3] RENAN DA SILVA ALVES
[5] MUHAMAD NORFIQRIE BIN ABDUL TALIB
[11] MUHAMMAD SHAKIR BIN HAMZAH
[13] KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
[15] MOHD RIZAL BIN MOHD GHAZALI
[24] MOHD ASRI BIN MARDZUKI
[25] AZMEER BIN YUSOF
[28] MOHD ALIF BIN MOHD YUSOF

|| Tengah (MF)

[4] AZAMMUDDIN BIN MOHD AKIL
[6] ANMAR FARES ABDUL JABAR ALMUBARAKI
[7] BADDROL BIN BAKHTIAR
[16] MOHAMAD AMIRUL HISYAM BIN AWANG KECHIK
[17] MUHAMMAD SYAZWAN BIN TAJUDIN
[19] SYAHRUL AZWARI BIN IBRAHIM
[20] MOHD FADZRUL DANEL BIN MOHD NIZAM
[21] MOHAMMAD FAYADH BIN MOHD ZULKIFLI AMIN
[23] SHAHRUL IGWAN BIN SAMSUDIN
[27] MOHAMMAD HIDHIR BIN IDRIS
[29] MUHAMMAD FARHAN BIN ROSLAN

|| Penyerang (FWD)

[8] MOHAMAD ZAQUAN ADHA BIN ABD. RAZAK
[9] FERNANDO RODRIGUEZ ORTEGA
[10] JONATAN JESUS BAUMAN
[14] THANABALAN A/L NADARAJAH

Photo by Kedah FA

Isnin, 2 Julai 2018

Stadium Nasional Bukit Jalil Pentas Final Piala FA 2018

Stadium Nasional Bukit Jalil Akan Bergema Dengan Sorakan Penyokong final Piala FA 2018



KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil kembali menjadi venue perlawanan akhir Piala FA 2018 pada 7 Julai ini, demikian menurut Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata pihaknya sedang bekerja keras dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan final Piala FA berjalan lancar.

Kali terakhir Stadium Nasional menjadi venue final Piala FA adalah pada 2015 yang menyaksikan wakil Singapura, Lions XII menundukkan Kelantan 3-1.

“Penyokong sebelum ini amat berharap perlawanan akhir kembali diadakan di Bukit Jalil dan kita mengotakan janji tersebut,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang perjanjian diikat antara PSM dan MFL “Kita buat percubaan tahun ini dan jika berjalan lancar, kita akan lihat bagaimana untuk final Piala Malaysia nanti,” katanya.



Dalam pada itu, Kevin memaklumkan Kejohanan Piala Cabaran akan diadakan pada hari berbeza dengan perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan bagi memastikan kejohanan berkenaan mendapat liputan seimbang daripada pihak media.

Untuk rekod, MFL memperkenalkan buat julung kalinya Piala Cabaran bagi memberi peluang pasukan yang tidak layak ke Piala Malaysia selain bertujuan memastikan kalendar bola sepak tempatan dipenuhi dengan pertandingan.

Berdasarkan format kejohanan Piala Cabaran, lapan pasukan terpilih akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Kevin hadir pada majlis perjanjian penajaan berganda di antara MFL, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan syarikat minuman probiotik tempatan, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd sempena Karnival Moh Skor Segalanya Bola anjuran Media Prima Berhad di sini.

Menerusi perjanjian tersebut, Yakult Malaysia dilantik sebagai minuman probiotik rasmi Piala Malaysia bagi musim 2018 dan 2019 serta minuman probiotik rasmi FAM dari 2018 sehingga 2020. - Bernama

Selangor




Pahang

Ahad, 1 Julai 2018

Russia Singkirkan Spain - World Cup 2018


Russia Singkirkan Spain - World Cup 2018

MOSKOW - Juara dunia 2010 Spanyol  yang tampil melawan tuan rumah Rusia di babak 16 pasukan kalah mati atau playoff gugur  di Stadium Luzhniki -stadion olahraga terbesar di Rusia.

Terletak di Luzhniki, Moskwa dan  berkapasitas 84.745 kursi,pada (1/7/2018) semalam spanyol gagal ke suku akhir,menerusi penentuan sepakkan penalti 3-4,setelah 90minit terikat 1-1.

Ini juga merupakan kali ke sembilan  Spanyol gagal mengalahkan tuan rumah Piala Dunia atau Kejuaraan Eropah. Mereka telah kalah daripada pertandingan, termasuk empat di Piala Dunia, yang terakhir di Korea Selatan pada 2002 - juga dalam sepakkan penalti.


Spanyol menurunkan lima pemain star mereka, Iniesta, Pique, Koke, Ramos dan Iago Aspas. Manakala  Rusia menurunkan Smolov, Ignashevick, Golovin dan Cheryshev.

Spanyol, juara dunia 2010 disingkirkan oleh Russia pada World Cup Russia 2018 kali ini sekali gus mereka pulang awal bersama dengan pasukan besar yang lain seperti Germany,Argentina dan portugal.

Lihat Video:




Baca juga :

GAJI PEMAIN PANAMA LEBIH RENDAH DARI LIGA M,

penyokong Jepun dan Senegal menerima pengiktirafan dunia - World Cup 2018

Ahad, 24 Jun 2018

penyokong Jepun dan Senegal menerima pengiktirafan dunia - World Cup 2018


penyokong Jepun dan Senegal menerima pengiktirafan dunia

SAMARA, Russia: Ia pertembungan sepadan di Piala Dunia antara Senegal dan Jepun dengan kedua-dua penyokong menerima pengiktirafan dunia kerana kebersihan mereka di stadium yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Yekaterinburg.

Kedua-dua pasukan menang perlawanan pembukaan Piala Dunia, namun kedua-dua penyokong mereka yang menjadi tajuk utama akhbar.

Video di laman sosial menunjukkan penyokong Jepun membersihkan kawasan selepas kemenangan berdepan Colombia, mengutip sampah di bawah tempat duduk dekat stadium.

Penyokong jepun membersihkan kawasan selepas perlawanan


Penyokong Senegal juga dilihat melakukan perkara sama selepas kemenangan mengatasi Poland.


Kedua-dua penyokong melakukan sekali lagi hari ini, menjadikan tugas pembersih sukarela di Yekaterinburg Arena menjadi lebih mudah.

“Kami juga cuba memberi sokongan kepada pasukan kami dengan mengibarkan beg sampah besar berwarna biru, jadi saya rasa kami menggunakan sepenuhnya beg sampah yang kami bawa,” kata penyokong Jepun, Wataru Morita di luar stadium.


“Jadi kami tidak sabar untuk menunjukkan budaya kami kepada dunia menerusi kejohanan ini.”

“Anda tahu, kami perlu melakukannya. Kami perlu menunjukkan kepada dunia bahawa kami melakukan sesuatu yang bagus,” kata penyokong Senegal, Gora Ndoye selepas perlawanan.

“Kami tidak datang ke sini untuk meninggalkan sampah. Kami perlu membawanya keluar selepas setiap perlawanan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kami orang yang bagus.”

“Selepas ini ke mana saja kami pergi kami akan menerima tanggapan yang baik, kerana itu kami melakukannya.” – Reuters



Tag : HIGHLIGHT JEPUN 2-2 SENEGAL

GAJI PEMAIN PANAMA LEBIH RENDAH DARI LIGA M, TAPI BOLEH BERMAIN DI WORLD CUP 2018



GAJI PEMAIN PANAMA LEBIH RENDAH DARI LIGA M,
TAPI BOLEH BERMAIN DI WORLD CUP 2018



Kedudukan terkini

Malam ini Panama akan mencatatkan satu sejarah baru dalam bola sepak mereka apabila berhadapan England buat kali pertama dalam perlawanan kedua Kumpulan G .

Perbezaan kedua-dua pasukan ibarat langit dan bumi dimana England yang berada ranking 12 dunia pastinya menjadi pasukan pilihan berbanding Panama yang berada di ranking 55 dunia.


Menjelang pertemuan malam ini,Carlos Small pemain yang terpilih dalam skuad awal Piala Dunia Panama sebelum tersingkir daripada senarai akhir skuad Panama ke Russia berkongsi jumlah pendapatan yang diterima pemain Panama Premier League.

Di Panama Premier League, pemain dibayar gaji dua minggu sekali dan akan menerima gaji mereka apabila setiausaha kelab akan menyerahkan cek kepada mereka.

Sebahagian daripada pemain Panama yang akan bermain menentang England malam ini hanya menerima bayaran berjumlah sekitar £250 (RM1327) seminggu.


Menurut Carlos gaji pemain bola sepak di Panama lebih kecil jika dibandingkan dengan jurubina,buruh binaan atau penyanyi yang menyebabkan ramai pemain bola sepak melupakan cita-cita mereka .

Beliau berkata : “Di sini pemain bola sepak Panama boleh mendapatkan lebih banyak wang jika bekerja sebagai seorang jurubina, kontraktor ataupun penyanyi.

“Ramai pemain terpaksa meninggalkan sukan ini kerana mereka perlu mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi bagi menyara keluarga masing-masing.”

Setiap dua minggu, Small bersama rakan sepasukannya yang lain akan menerima bayaran gaji melalui cek – setiap kelab di liga itu mengamalkan perkara yang sama.

Apabila mereka berbual sesama sendiri, rakan sepasukannya akan bertanya kepadanya.

“Carlos, adakah hari ini kita akan mendapat gaji ?

Beliau tersenyum dan membalas, “Harap-harap ya.”

Mereka akan pergi mengambil cek masing-masing dan pergi ke bank tempatan untuk memasukkan wang ke dalam akaun mereka.

Small mempunyai tiga caps bersama skuad kebangsaan Panama berbermain pada perlawanan pemanas badan yang terakhir tetapi terpaksa akur apabila namanya diketepikan daripada senarai akhir 23 pemain ke Russia.

Tetapi beliau juga berharap agar rakan sepasukannya yang sedang berjuang di Rusia akan bermain baik pada baki dua perlawanan ini dan beliau juga berharap beliau mendapat tempat di FIFA World Cup 2022 di Qatar empat tahun lagi.

Rakannya Alex Rodriguez, Valentin Pimentel dab Jose Calderon masing-masing masih bermain di liga tempatan.

Mereka akan menjadi sebahagian daripada 23 pemain yang akan bertemu skuad bimbingan Gareth Southgate malam ini

Beliau dan rakan sepasukannya menyimpan impian untuk bermain di Eropah – terutama di England – untuk menandatangani kontrak bersama antara kelab yang besar.

“Saya ada dengar bayaran yang diterima pemain di England setiap minggu.Ia melebihi mana-mana pendapatan pemain kami di sini (Panama).

“Saya melihat perlawanan Premier League di kaca TV.Mancheser City merupakan pasukan kegemaran saya.Mereka sangat hebat.

“Ia pasti sesuatu yang hebat jika dapat peluang untuk bermain dengan mereka atau mana-mana kelab gergasi Inggeris yang lain.

“Ia akan mengubah gaya hidup kami sekeluarga selama-lamanya.”



Small tinggal tidak jauh dari stadium di Colon bersama teman wanitanya dan bayi lelaki berusia 9 bulan.

Umurnya kini seusia dengan Raheem Sterling yang juga dilahirkan di sebuah negara Carribean.

Tetapi Small hadir ke sesi latihan berbekalkan kereta terpakai berjenama Kia Rio yang hanya £900 berbanding Sterling memandu Bentley yang bernilai sekitar £500,000 dan masih memiliki dua buah kereta Audi, sebuah kereta Mercedes dan sebuah kereta Landrover di garaj peribadinya.

Jika dibandingkan dengan gaji pemain di Liga Super Malaysia gaji pemain-pemain di Malaysia boleh dianggap sangat lumayan.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendedahkan gaji pemain sebuah negeri di Utara Malaysia menerima gaji bermula daripada RM16000 sebulan sehingga RM770000 untuk pemain tempatan manakala pemain Panama hanya menerima gaji sekitar RM5308 sebulan.

Ini belum kami bandingkan dengan gaji pemain kelab terkaya di Malaysia yang memandu Mustang ke pusat latihan.


Pemain-pemain bola sepak Panama membuktikan duit bukanlah segala-galanya untuk berjaya dalam bola sepak.

Pada pusingan kelayakkan Piala Dunia, Panama membuat kejutan melayakkan diri secara automatik ke FIFA World Cup 2018 apabila menduduki tempat ketiga zon Concacaf mengetepikan negara berpengalaman Amerika Syarikat.

Kalah atau menang malam ini ketika menentang England pencapaian Panama berjaya ke Piala Dunia buat kali pertama sudah boleh dianggap sebagai kejayaan besar.



Sumber : PLMalaysia