Ahad, 24 Jun 2018

penyokong Jepun dan Senegal menerima pengiktirafan dunia - World Cup 2018


penyokong Jepun dan Senegal menerima pengiktirafan dunia

SAMARA, Russia: Ia pertembungan sepadan di Piala Dunia antara Senegal dan Jepun dengan kedua-dua penyokong menerima pengiktirafan dunia kerana kebersihan mereka di stadium yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Yekaterinburg.

Kedua-dua pasukan menang perlawanan pembukaan Piala Dunia, namun kedua-dua penyokong mereka yang menjadi tajuk utama akhbar.

Video di laman sosial menunjukkan penyokong Jepun membersihkan kawasan selepas kemenangan berdepan Colombia, mengutip sampah di bawah tempat duduk dekat stadium.

Penyokong jepun membersihkan kawasan selepas perlawanan


Penyokong Senegal juga dilihat melakukan perkara sama selepas kemenangan mengatasi Poland.


Kedua-dua penyokong melakukan sekali lagi hari ini, menjadikan tugas pembersih sukarela di Yekaterinburg Arena menjadi lebih mudah.

“Kami juga cuba memberi sokongan kepada pasukan kami dengan mengibarkan beg sampah besar berwarna biru, jadi saya rasa kami menggunakan sepenuhnya beg sampah yang kami bawa,” kata penyokong Jepun, Wataru Morita di luar stadium.


“Jadi kami tidak sabar untuk menunjukkan budaya kami kepada dunia menerusi kejohanan ini.”

“Anda tahu, kami perlu melakukannya. Kami perlu menunjukkan kepada dunia bahawa kami melakukan sesuatu yang bagus,” kata penyokong Senegal, Gora Ndoye selepas perlawanan.

“Kami tidak datang ke sini untuk meninggalkan sampah. Kami perlu membawanya keluar selepas setiap perlawanan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kami orang yang bagus.”

“Selepas ini ke mana saja kami pergi kami akan menerima tanggapan yang baik, kerana itu kami melakukannya.” – Reuters



Tag : HIGHLIGHT JEPUN 2-2 SENEGAL

0 ulasan:

Catat Ulasan