Ahad, 24 Jun 2018

GAJI PEMAIN PANAMA LEBIH RENDAH DARI LIGA M, TAPI BOLEH BERMAIN DI WORLD CUP 2018



GAJI PEMAIN PANAMA LEBIH RENDAH DARI LIGA M,
TAPI BOLEH BERMAIN DI WORLD CUP 2018



Kedudukan terkini

Malam ini Panama akan mencatatkan satu sejarah baru dalam bola sepak mereka apabila berhadapan England buat kali pertama dalam perlawanan kedua Kumpulan G .

Perbezaan kedua-dua pasukan ibarat langit dan bumi dimana England yang berada ranking 12 dunia pastinya menjadi pasukan pilihan berbanding Panama yang berada di ranking 55 dunia.


Menjelang pertemuan malam ini,Carlos Small pemain yang terpilih dalam skuad awal Piala Dunia Panama sebelum tersingkir daripada senarai akhir skuad Panama ke Russia berkongsi jumlah pendapatan yang diterima pemain Panama Premier League.

Di Panama Premier League, pemain dibayar gaji dua minggu sekali dan akan menerima gaji mereka apabila setiausaha kelab akan menyerahkan cek kepada mereka.

Sebahagian daripada pemain Panama yang akan bermain menentang England malam ini hanya menerima bayaran berjumlah sekitar £250 (RM1327) seminggu.


Menurut Carlos gaji pemain bola sepak di Panama lebih kecil jika dibandingkan dengan jurubina,buruh binaan atau penyanyi yang menyebabkan ramai pemain bola sepak melupakan cita-cita mereka .

Beliau berkata : “Di sini pemain bola sepak Panama boleh mendapatkan lebih banyak wang jika bekerja sebagai seorang jurubina, kontraktor ataupun penyanyi.

“Ramai pemain terpaksa meninggalkan sukan ini kerana mereka perlu mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi bagi menyara keluarga masing-masing.”

Setiap dua minggu, Small bersama rakan sepasukannya yang lain akan menerima bayaran gaji melalui cek – setiap kelab di liga itu mengamalkan perkara yang sama.

Apabila mereka berbual sesama sendiri, rakan sepasukannya akan bertanya kepadanya.

“Carlos, adakah hari ini kita akan mendapat gaji ?

Beliau tersenyum dan membalas, “Harap-harap ya.”

Mereka akan pergi mengambil cek masing-masing dan pergi ke bank tempatan untuk memasukkan wang ke dalam akaun mereka.

Small mempunyai tiga caps bersama skuad kebangsaan Panama berbermain pada perlawanan pemanas badan yang terakhir tetapi terpaksa akur apabila namanya diketepikan daripada senarai akhir 23 pemain ke Russia.

Tetapi beliau juga berharap agar rakan sepasukannya yang sedang berjuang di Rusia akan bermain baik pada baki dua perlawanan ini dan beliau juga berharap beliau mendapat tempat di FIFA World Cup 2022 di Qatar empat tahun lagi.

Rakannya Alex Rodriguez, Valentin Pimentel dab Jose Calderon masing-masing masih bermain di liga tempatan.

Mereka akan menjadi sebahagian daripada 23 pemain yang akan bertemu skuad bimbingan Gareth Southgate malam ini

Beliau dan rakan sepasukannya menyimpan impian untuk bermain di Eropah – terutama di England – untuk menandatangani kontrak bersama antara kelab yang besar.

“Saya ada dengar bayaran yang diterima pemain di England setiap minggu.Ia melebihi mana-mana pendapatan pemain kami di sini (Panama).

“Saya melihat perlawanan Premier League di kaca TV.Mancheser City merupakan pasukan kegemaran saya.Mereka sangat hebat.

“Ia pasti sesuatu yang hebat jika dapat peluang untuk bermain dengan mereka atau mana-mana kelab gergasi Inggeris yang lain.

“Ia akan mengubah gaya hidup kami sekeluarga selama-lamanya.”



Small tinggal tidak jauh dari stadium di Colon bersama teman wanitanya dan bayi lelaki berusia 9 bulan.

Umurnya kini seusia dengan Raheem Sterling yang juga dilahirkan di sebuah negara Carribean.

Tetapi Small hadir ke sesi latihan berbekalkan kereta terpakai berjenama Kia Rio yang hanya £900 berbanding Sterling memandu Bentley yang bernilai sekitar £500,000 dan masih memiliki dua buah kereta Audi, sebuah kereta Mercedes dan sebuah kereta Landrover di garaj peribadinya.

Jika dibandingkan dengan gaji pemain di Liga Super Malaysia gaji pemain-pemain di Malaysia boleh dianggap sangat lumayan.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendedahkan gaji pemain sebuah negeri di Utara Malaysia menerima gaji bermula daripada RM16000 sebulan sehingga RM770000 untuk pemain tempatan manakala pemain Panama hanya menerima gaji sekitar RM5308 sebulan.

Ini belum kami bandingkan dengan gaji pemain kelab terkaya di Malaysia yang memandu Mustang ke pusat latihan.


Pemain-pemain bola sepak Panama membuktikan duit bukanlah segala-galanya untuk berjaya dalam bola sepak.

Pada pusingan kelayakkan Piala Dunia, Panama membuat kejutan melayakkan diri secara automatik ke FIFA World Cup 2018 apabila menduduki tempat ketiga zon Concacaf mengetepikan negara berpengalaman Amerika Syarikat.

Kalah atau menang malam ini ketika menentang England pencapaian Panama berjaya ke Piala Dunia buat kali pertama sudah boleh dianggap sebagai kejayaan besar.



Sumber : PLMalaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan